Pages

Wednesday, August 11, 2010

Sunday, August 1, 2010

perlukah kita EGO...

Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetapi dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-

1. Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia.

2. Menolak kebenaran atau Kufur.

3. Meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya.

4. Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain.

5. Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.

6. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri.

7. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. .

8. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak.

9. Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.

10. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja.

11. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain.

12. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

13. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.

14. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran.

15. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya.

16. Sangat suka berbahas. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran
tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah..

17. Kalau diberi jawatan sama ada kecil atau besar, dia rasa terhibur,
senang hati dan bangga. Dia tidak rasa susah hati. Ini menandakan benih
ego sudah berada dlm dirinya. Sebab itu org yg tiada sifat ego, dia
takut utk menerima jawatan. Hendak ditolak tidak patut sebab sudah diberi
amanah, tetapi dia menerimanya dgn penuh rasa takut dan bimbang.

18. Kalau tidak dilantik memegang jawatan, dia rasa tidak senang.

19. Kalau dia seorang pemimpin, dia selalu bersikap kasar bila memberi
arahan kpd pengikutnya.

20. Kalau dia seorang pengikut, payah utk taat atau patuh kpd pemimpin.
Sebaliknya dia bersikap degil. Kalau patuh pun krn segan2 dgn org atau
takut dimarahi, seolah-olah kepatuhannya adalah dipaksa-paksa.

21. Mudah dan cepat utk marah.

22. Seseorang yg mempunyai sifat ego itu mudah tersinggung.

23. Dlm berkawan, dia suka memilih dari kalangan org bertaraf lebih rendah
darinya supaya ke mana2 pergi, org nampak dia, tidak nampak kawannya.
Berat sekali baginya utk berkawan dgn org yg sama level dgnnya atau yg
lebih darinya, takut2 nanti dlm pergaulan org akan memandang org lain dan
tidak dia.

24. Payah utk menerima pandangan org lain. Lebih2 lagi bagi seseorang
pemimpin, sulit baginya menerima pandangan org bawahan.

25. Bila berada di dlm satu2 majlis perbincangan, sama ada perbincangan
rasmi atau tidak, dia tidak senang kalau org lain memberi pendapat. Dia
saja yg hendak memberi pandangan.

26. Bila berada di dlm satu2 majlis, sewaktu org lain bercakap, dia
selalu saja memotong-motong cakap org.

27. Payah utk mendengar pandangan org lain malah dia suka pandangannya
saja yg didengari.

28. Kalau dia berjuang, dia lebih suka memperkenalkan dirinya
sendiri(sama ada secara langsung atau tidak langsung) drpd
memperkenalkan pemimpin dan jemaahnya.

29. Kalau dia menganggotai jemaah perjuangan, dia lebih berminat dan
lebih lincah bergaul dgn org di luar jemaah drpd sesama jemaah. Sebab
dlm jemaah perjuangannya byk disiplinnya, takut2 terlanggar nanti org
nampak kelemahannya.

30. Dia tidak senang kalau sesuatu kemajuan itu tercetus melalui org lain
walaupun org yg menganggotai jemaah perjuangan yg sama dgnnya. Dia mahu
kemajuan itu tercetus dari tangannya sendiri.

31. Ketika bercakap, dia selalu sahaja bercakap dgn suara yg meninggi.
Kadang2 melenting suaranya tidak tentu pasal. Dia tidak tahan dicabar,
pasti akan mencabar balik.

Demikianlah beberapa petanda sifat ego yg ada dlm diri seseorang.
Sebagaimana yg kita semua tahu, sifat ego ini adalah salah satu dari
sifat2 mazmumah yg amat dibenci oleh ALLAH. Mudah2an ALLAH sentiasa
memberi kekuatan kpd kita utk membersihkan hati dari dihinggapi virus ego
dan virus2 mazmumah yg lain.


Wallahu'alam. Wassalam.

*note kali ini adalah hasil penulisan daripada blog anizyn.blogspot dan bicaramuslim.com
*tiada perubahan isi yang dilakukan.
*sebagai renungan bersama.