Pages

Wednesday, November 30, 2011

hanya dengan senyuman...

As salam…
Sudah sekian lame aku tidak meluahkan apa yang telah terjadi pada diri aku dalam tomatochinta ini…dalam erti kata lain, aku busy…haha…ntah apa yang aku busy kan sampai tiada masa untuk mencoretkan jalan cerita aku dalam tomatochinta ini…
Bile difikirkan, terlalu banyak yang ingin aku perkatakan dan luahkan…namun, siapa lah yang mahu mendengar luahan aku nie…tanpa teman di sisi dan juga teman bicara…
Syukur atas kurniaan rezeki dari –Nya, kerna dalam setahun ini, aku telah diterima sebagai pekerja tetap di salah sebuah syarikat di KL. Amin…
Aku harapkan semoga dengan awal tahun Hijrah ini dan juga ketibaan tahun baru 2012, akan dapat member peluang dan ruang untuk aku membuktikan dan mempersembahkan prestasi yang terbaik daripada diri aku…untuk aku lebih Berjaya dalam hidup…Amin…
Dalam hidup ini, terlalu banyak onak dan duri yang kita akan tempuhi dan lalui…ada yang mudah dan ada juga yang susah dan payah untuk dirintangi…apa-apa pun, hadapilah dengan senyuman, kerna dengan kesabaran dan tawakal akan dapat membantu mendisiplinkan diri kita…
Dan aku seperti biasa, akan cuba melakukan yang terbaik dari masa ke semasa…berubah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya…Insyaallah…benar, bercakap lebih mudah daripada melaksanakan, umpama untuk memulakan langkah pertama, amat payah tetapi setelah mendapat rentak langkah demi langkah, kejayaan akan muncul dan kebahgiaan akan menjelma…
*Hadapilah dengan senyuman 