Pages

Wednesday, November 30, 2011

hanya dengan senyuman...

As salam…
Sudah sekian lame aku tidak meluahkan apa yang telah terjadi pada diri aku dalam tomatochinta ini…dalam erti kata lain, aku busy…haha…ntah apa yang aku busy kan sampai tiada masa untuk mencoretkan jalan cerita aku dalam tomatochinta ini…
Bile difikirkan, terlalu banyak yang ingin aku perkatakan dan luahkan…namun, siapa lah yang mahu mendengar luahan aku nie…tanpa teman di sisi dan juga teman bicara…
Syukur atas kurniaan rezeki dari –Nya, kerna dalam setahun ini, aku telah diterima sebagai pekerja tetap di salah sebuah syarikat di KL. Amin…
Aku harapkan semoga dengan awal tahun Hijrah ini dan juga ketibaan tahun baru 2012, akan dapat member peluang dan ruang untuk aku membuktikan dan mempersembahkan prestasi yang terbaik daripada diri aku…untuk aku lebih Berjaya dalam hidup…Amin…
Dalam hidup ini, terlalu banyak onak dan duri yang kita akan tempuhi dan lalui…ada yang mudah dan ada juga yang susah dan payah untuk dirintangi…apa-apa pun, hadapilah dengan senyuman, kerna dengan kesabaran dan tawakal akan dapat membantu mendisiplinkan diri kita…
Dan aku seperti biasa, akan cuba melakukan yang terbaik dari masa ke semasa…berubah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya…Insyaallah…benar, bercakap lebih mudah daripada melaksanakan, umpama untuk memulakan langkah pertama, amat payah tetapi setelah mendapat rentak langkah demi langkah, kejayaan akan muncul dan kebahgiaan akan menjelma…
*Hadapilah dengan senyuman 

Monday, August 22, 2011

sedarkah kite...

Dalam tanpa kita sedari, kita selalu tidak akan sedar kehadiran seseorang yang amat bererti dalam hidup kita sehinggalah ia hilang dari pandangan…selalu saja lewat untuk menghargai seseorang itu ataupun sesuatu itu sehinggalah ia sudah tiada di depan diri kita…tiada guna ada mata namun tidak dapat melihat, tiada guna ada hati namun tidak dapat menilai…kita hanya berserah kepada-Nya, kerna semua apa yang ada di diri kita, hanyalah pinjaman…

** dah lame kan xupdate blog...cian tomatochinta dah bersarang...huhu

Wednesday, June 22, 2011

Urusan perkahwinan umpama perniagaan...

Urusan perkahwinan umpama perniagaan...

huhu...sila jgn salah faham dgn maksud TM di sini erk...cuma ini pendapat daripada diri TM sendiri. yang merasakan urusan berchinta umpamakan perniagaan...

ijab dan kabul umpama pengenalan dan tawar menawar...

semua mengharapkan jodoh dgn pasangan yg terbaik...sama jugak kesnya dgn mendapatkan barangan belian yg terbaik di pasaran...

kalian, apa komen kalian?

Sunday, February 27, 2011

Juara Lagu

Hai, kali ini saje aku mahu kongsi info ni, sebagai rujukan kite-kite aje pun.huhu...
saje aku listkan Juara Lagu ini, utk kite fikir balik, semua lagu nie kite pernah dgr or tak?
sama ada, ada dlm list folder music kite or tak?
hehehe....
tapi la kan, sapa la agaknya bakal menjadi juara lagu yg berikutnya untuk tahun 2011...?

kalo aku nak listkan judul lagu bagi tahun 2011, byk lagi kot yang belum release di pasaran kan...masih awal kot...pape pun, kite tunggu hujung tahun 2011 yerk...hihi


SENARAI PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 1986 - 2010 :


BIL.
TAHUN
TAJUK LAGU
PENYANYI
1
1986
SEKADAR DI PINGGIRAN
FRANCESCA PETER
2
1987
MENARUH HARAPAN
ZAITON SAMEON
3
1988
KAU KUNCI CINTAKU DALAM HATIMU
RAMLAH RAM
4
1989
ISABELLA
SEARCH
5
1990
JANJI MANISMU
AISHAH
6
1991
TAKDIR DAN WAKTU
MEGA
7
1992
PADA SYURGA DI WAJAHMU
NASH
8
1993
TERATAI LAYU DI TASIK MADU
FAUZIAH LATIF
9
1994
TANYA SAMA ITU HUD-HUD
M.NASIR
10
1995
CINTA BERALIH ARAH
AISHAH
11
1996
JERAT PERCINTAAN
SITI NURHALIZA
12
1997
GHAZAL UNTUK RABIAH
M.NASIR & JAMAL ABDILLAH
13
1998
CINDAI
SITI NURHALIZA
14
1999
ANDALUSIA
M.NASIR
15
2000
BALQIS
SITI NURHALIZA
16
2001
MIMPI LAILA
YASSIN
17
2002
KELIRU
AJAI & NURUL
18
2003
BUNGA-BUNGA CINTA
MISHA OMAR
19
2004
RELAKU PUJUK
SPIDER
20
2005
GEMILANG
JACLYN VICTOR
21
2006
TERLALU ISTIMEWA
ADIBAH NOOR
22
2007
ITU KAMU
ESTRANGED
23
2008
LAGU UNTUKMU
MEET UNCLE HUSSEIN
24
2009
PERGI
AIZAT
25
2010
TOLONG INGATKAN AKU
ANA RAFFALI
26
2011

 

Sunday, February 20, 2011

Janji

 Janji...suatu ungkapan yang amat mudah utk dituturkan dibibir manis sesapa saje namun ianya amat lah berat utk dilaksanakan atau dikotakan...mcm 1 bidalan org tetua...tidak semudah dikata...

mungkin benar mungkin tidak, namun itulah realitinya JANJI dalam erti hidup kita semua...apa pun dalam hidup kita ini, semuanya berpaksikan kpd JANJI...hanya untuk memberi jaminan akan sesuatu kpd seseorang...setuju or tak kalo aku katakan:-

JANJI = JAMINAN + BUKTI ( KEBENDAAN )

ini kerana, jikalau mahukan BUKTI, perlukan sesuatu utk menunjukkan 1 jaminan atau bukti...ye kot?

baik lelaki atau perempuan mahukan BUKTI atau JAMINAN supaya boleh hidup dalam keadaan tenteram atau happy...namun terfikirkah kita jika mana kalau terjadi yang sebaliknya...?

adakah itu bukan BUKTI dan seseorg itu telah memungkiri janjinya...padahal dia sendiri xterjangka akan sesuatu yang telah terjadi itu...

kehidupan adalah suatu realiti...dan bukannya fantasi...jangan terlalu mengharapkan kepada fantasi...kerana fantasi itu adalah mimpi dan mimpi itu adalah fantasi...


Janji – Akim

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Ulang Chorus
Aku janji padamu
Akan mencintaimu
Ulang Chorus
Takkan menduakanmu

 

kalian, bagaimana jikalau ada seseorang telah memungkiri janjinya kepada kalian?
apa yang harus dilakukan setelah janji dimungkiri?
tiadakah erti kemaafan akan apa yang telah terjadi dalam kehidupan kita ini?

Wednesday, February 9, 2011

fikir-fikirkan la...

agak bersarang gak dashboard blog aku nie dgn byk draft yg xsempat utk aku publishkan....adoiiii...
terasa sunyi dan sepi dikala ini...apakah maksudnya ini...

bulan februari adalah bulan kelahiran ku yang ke 27 tahun...wah...mcm xpercaya aje aku dh masuk 27...tp still muda lagi maaa....ahaksz... (^_^)v

apa yang akan terjadi erk dalam tahun ini dalam hidup aku nanti? nie soalan or apa nie...aku pun xde jawapannya....

pelbagai agenda yang berada dalam benak fikiran ku ini...bak kata astro, mcm2 ada...

kata org: take action more much better than only thinking that thing or some issue...so, let take the action starting now, so we'll see the result either positive or negative feedback....

apa yg aku lalut dlm BI nie, BI pon mcm hampeh ada hati nak writing....hahahaha....but, atleast i try maa...huhuhu....hampeh lagi dgn bahasa rojak aku...

lebih baik kite BERTINDAK dari hanya BERFIKIR...
belajar untuk ambil risiko daripada berusaha untuk mengelaknya...
yang bakal terjadi, serah saje kepada-Nya...kerana-Nya yang akan menentukan segalanya....

KUN FAYAKUN....

(^_^)v   hadapi dengan senyuman...

Thursday, January 13, 2011

Bingkisan Doa Sang Kekasih...

Bingkisan Doa




Ya Allah... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah... agar aku bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... kerana Engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin.

*aku masih sayangkan dirimu...





Wednesday, January 5, 2011

Hargai anugerah ‘cinta’

BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.
Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.
Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.
Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.
Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.
Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.
Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi. 

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.
Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.
Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.
Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.
Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.
Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.
Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.
Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis. 

*TM mahukan chinta, sesapa boleh hulurkan chinta itu???
*semakin lame semakin selesa dgn kehidupan kini, syukur alhamdulillah, amin.
*tenang untuk dichintai.

Tuesday, January 4, 2011

jom senyum (^_^)v



 jom senyum...erm...nape erk kene senyum? sebab senyum penawar duka...eh...bukan ketawa ker yg penawar duka....hahaha....no komen. so far hari ke-4 di tahun 2011 ini, diharapkan akan bertambah baik kehidupan aku pada tahun ini. Tugas kerja dah bertambah sedikit demi sedikit...nak wat cmna, arahan dari boss tue, kene la hadapi dengan senyuman saje...opss...aku sebut senyuman ker td?hihihi....that's my point.

aku suka dengan lagu yg kat bawah nie...penuh bererti dalam hidup aku. lagu motivasi utk aku...hahaha...
jom layan jom....jom senyum (^_^)

*semoga tahun 2011 lebih daripada tahun 2010.
*dimurahkan rezeki, insyaallah.
*nak belajar main gitar, boleh ker?
 

Hadapi Dengan Senyuman

Artist: Dewa
 
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang